Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan meremehkan sesuatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Kerana itu, anda tidak perlu hairan dan resah apabila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan. Lupakan sahaja bakti yang telah anda persembahkan. Bahkan, tidak usah resah apabila mereka sampai memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah justeru kerana anda telah berbuat baik kepada mereka.
Dan, mereka tidak mencela (ALLAH dan Rasul-NYA) kecuali kerana ALLAH dan Rasul-NYA telah melimpahkan karunia-NYA kepada mereka.Cuba anda buka kembali catatan dunia tentang perjalanan hidup ini! Dalam salah satu babnya diceritakan: Syahdan, seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. Ia memberinya makan, pakaian dan minum, mendidiknya hingga menjadi seseorang yang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asalkan anaknya kenyang, dan bahkan mahu bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun apa imbalan seorang anak kepada ayahnya yang telah banyak berkorban untuknya? Ketika sudah kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Ia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak dan bersifat durhaka terhadap orang tuanya. Dan semua itu, dia tunjukkan melalui perkataan dan juga tindakan.
(QS. At-Taubah: 74)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar